“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” ~ali Imran : 139.~ :) SELAMAT DATANG:: AHLAN WASAHLAN

Alahai Celcom.. ( Cara Nak Stop CMT )

7:06 PM


Salam alaik,

Berkurun lama saya menggunakan celcom prabayar dan tak terdetik pun nak tukar ke prabayar lain tapi rasa nak tukar tu makin menebal pulak. Tak pernah la pulak saya nak melanggan apa-apa dari celcom tapi hari tu tiba-tiba saya dapat sms melanggan caller me tone dengan percuma. Erk, percuma??!! siapa yang tak nak kan?!

Jadi, tangan saya ni gatal-gatal la accept tawaran tu dan natijahnya, seminggu selepas tu celcom deduct kredit saya Rm1.50. Terasa tertipu la pulak sebab pada awalnya dia cakap free atau saya yang salah baca kot!

Puas saya godek macam mana nak unsubcribe perkhidmatan bongek ni tapi tak jumpa, Search punya searh saya terjumpa laa caranya di blog Istimewanya Bidadari . Terima kasih Kak. Akhirnya saya tidak di belenggu dengan CMT ni. Heh~! =p

Kat bawah ni adalah cara-cara untuk menamatkan langganan Caller Me Tones. Ada sedikit perbezaan dari apa yang kakak tu ajar.

1. Taip *118# pada telefon bimbit anda dan tekan hantar/send.
2. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 3. The Cube
3. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 4.CMT4.
4. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 7. Unsubscribe.

Bila sistem balas kata betul ke nak unsubscribe jawab "Yes"...

Tunggu sampai 22990 hantar message: RM1.50 Langganan CMT anda telah ditamatkan.

Settle...

so macam mana, senang je sebenarnya kan, tapi Celcom tak tunjuk pun cara macam mana nak STOP langganan ni.. Hee..

Saya dah cuba, korang bila lagi?!

Selamat mencuba...


0 comments:

Who will be my Follower?!